Setelah bekerja selama lebih sebulan di Pizza Hut sungai dua, alhamdulillah dapat membuat pizza sendiri di rumah. Tidak la seusah untuk membuat pizza, tetapi teknik untuk membuat pizza yang sedap adalah penting..
Ramuan untuk dough pizza
1. Tepung gandum – orang kata guna tepung roti lg sedap.. tapi aku guna tepung gandum pun dah ok.. kalau campur lagi ok kot
2. 1 sudu besar Yis – mauripan pun ok
3. 1 sudu minyak sayuran – biasa aku guna minyak masak ja.. minyak zaitun mahal sangat – penting untuk tekture dough
4. air
5. satu sudu kecil garam
6. satu sudu gula kisar
Ramuan untuk topping – untuk seafood pizza.. nak tambah sosej ayam dll pun x pa.. ikut selera sendiri
1. Mozarella cheese – boleh jumpa kat giant, tesco extra, atau keda frozen food
2. Mayonis lady’s choices
3. Sos pasta kimball – ambil perasa cendawan dan bawang putih
4. Sardin yang dihancurkan
5. Filamen ketam yang dipotong bulat2 – nak buh udang yang di kupas pun sodap
6. nenas yang dipotong 4 segi – nak ganti ngan kurma pun sedap
7. Bawang besar yang dipotong
Cara-cara membuat dough
1. Rendam yis, dan garam di dalam 1 mangkuk kecil air. kacau sehingga sebati dan tunggu 5 minit
2. Masukkan tepung gandum di dalam bekas untuk diuli – amaun tepung kena agak2 ikut pizza yang kita nk buat.
3. Masukkan campuran air, yis dan garam di dalam tepung
4. Masukkan minyak dan gaulkan guna kedua-dua tangan – basuh tangan bersih2 dulu tau
5. tambah air jika terlalu kering
6. tambah lagi tepung jika terlalu melekit
7. apabila sudah sebati bahagikan sebagai contoh bahagi kepada 3.. kena padai agak dia sama saiz
8. ambil satu bahagian dan gilingkan menggunakan roller.. pastikan tidak terlalu besar dan sama saiz dengan loyang yang nak diletakkan.. jangan roll terlalu nipis..
9. Letakkan satu sudu minyak masak kedalam loyang yang berbentuk bulat dan ratakan.. ni untuk mengelakkan pizza melekat
10. masukkan dough ke dalam loyang dan tutup loyang tersebut dengan menggunakan kain lembap.. tunggu 1 jam dan tepung akan naik
Cara meletakkan topping
1. Apabila dough sudah naik dan membentuk seperti loyang, tekan dough tersebut untuk membuang angin dalam dough.. jangan tekan terlalu kuat sampai menipiskan dough
2. Sapukan nipis mayonis pada atas dough
3. Sapukan pula sos pasta selepas siap menyapu mayonis..
4. Taburkan sardin yang dilenyekkan ke atas dough tersebut
5. Taburkan pula filamen ketam.. pastikan sama rata ya.. kalau nak tambah lagi ngan sosej ayam pun x pa
6. Letakkan pula nenas yang dipotong dan ditaburkan sama rata.. Pastu letak pula sedikit bawang besar
7. Mozarella cheese hendaklah dipotong menggunakan alat dia sendiri.. potong macam nak buat kerabu mempelam tu.. dia jadi cam rambut2 nanti
8. Taburkan pula mozarella cheese secara sekata.. jangan bubuh sikit sangat tau.. nak sedap kena bubuh banyak2 lagi
9. Ok sudah siap.. Bakar pizza itu pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.. pastikan oven panas dahulu..
Nyum-nyum sudah siap.. kalau first time buat memang rasa lain sikit.. kena buat kali ketiga dan ubah selera baru pizza rasa sedap .. selamat mencuba semua ..



Macam susah ja nak buat. :O
senang ja.. t kalau org buat pizza lagi nk rakam video n letak kat sini.. keke
btul ker sdap……… x percayalah
sat ja nak baked dlm oven,nak tunggu tu yang lama..keke nanti nak try
haa bakar mmg senang ja.. haha nak uli pizza tu perlu kekuatan tangan yang hebat juga.. kalau ada mesin uli guna mesin uli ja
Bila baca cara2 buat pizza ni,tetiba aku teringin nak cuba….mesti best kan..?
Terima kasih kerana berkongsi resepi…
hi..boleh tanya tak apa itu yis oh?…
yis @ yeast . biasa kalau buat pau atau roti.. guna untuk naikkan tepung
gula kisar nk letak kt mane? smse gaul doh kew??
saya pening la
yg no.1 tu, kan kna rendam yis dgn gram?? kna buh air sekali ka????
senang nye nk uat pizz…
simple dan menyelerakan………………
cama sdap jer , buleyh try kat rmah nim . wee ^^,
tq byKkk2 yErr…like3 it so muCh ^_^
gula kisar nk letak dekat mna ? dlm adunan doh sekali ka ?
tengok cara buat pizza 2 mcm ssah je……..poning kpala baca resipi pizza 2 bnyak sngat bhan2nyer nak bwat pizza.???hish900x ssah nak bwat pizza.. tngok org bwat pizza mcam snang je tapi ble nak bwat pizza mak oiiiiiii ssah..???help me oh no…
boleh gunakan mentega tk????
tepung tu sukatan byak mane ?
sy khairul zeffrin dri fb kot..sy prnah membuat pizza..ni masa dulu2 sy belajar dari politeknik ibrahim sultan, pasir gudang, johor bahru..ok kew…faham x..??
tapi sy mmg suka2 sedap..ni mesti ar laku utk di jual10000000000000000000000 hehehe
yis tu baking powder?
bukan. yis tu cam muripan utk buat tepung pau tu
yeahhh ni la resepi yang saya cari ehehe , boley tahan senang! hope menjadi laa kali ni . Haha, yang pasti mesti sedap . whoooo tak sabar rasanya . Tunggu mak balik keja baru pegi giant , mau beli barang ehehehe
haa nanti bagi review k lepas da siap pizza
yeahh ni la resepi yang saya cari selama ni ehehe . boleh tahan laa cara dia . Senang jeh haha . Hope kali ni menjadi haha thanks
Kalau tak yah letak bawang,sardin & nenas boleh
Mcm senang je tengok.Emm awak dapat resepi nikat mane
Nanti ajar lah Hamburger lah pulak
hope bjya wat pizza yg ala2 pizza hut niii….
thanks for the recipe..
Nevertheless, the preservation of food is still a daily affair and therefore, I have listed a
few top tips on preserving foodstuff underneath, so that you will get the
best from that which you have bought or grown in your very own garden even if it is a long while later.
What better reason to indulge in a few pieces of delicious, premium dark chocolate especially when used
to create mouthwatering appetizers and desserts.
The rhizome should be about A� inches covered with soil from
the base.
kalau buat tanpa YIS semata2 tepung gandum je buleh tak? melah resanya nk pi kedai bli yis, lagi satu kalau pakai preego yg buat spegeti tu boleh tak untuk sos dia..
sy dah buat pizza nhe mngikut resepi nhe . tapi pizza sy hangus
sad .
mcm susah je